Wednesday, May 13, 2009

~ HaPpY MoTh3Rs DaY~

~ Insafi Diri Ingatilah Pengorbanan Ibubapamu~






Janganlah kita membiarkan kedua ibubapa kita seperti ini..Sanggupkah kita melihat keadaan mereka seperti ini??? Sedangkan merakalah yang membesarkan kita dan bersengkang mata menjaga kita sehingga dewasa.Sayangilah kedua ibubapa kita selagi hayatnya masih ada... Buat Mak dan Ayahku ampunilah dosa2ku berkatilah hidupku dunia dan akhirat..Sesungguhnya tanpamu siapalah kami...Amin..



~Sweet Memory ~
Gambar ni masa aku sambut hari ibu pada thn 2006. Aku sebenarnya malu nk upload gambar ni sbb ms ni muka aku buruk ngat hehehe..Tp ni la saat paling manis. Walaupun sekadar belah kek jer.. tp saat2 mcm ni bukan sng. Sbb masing2 duk jauh sesekali dapat berkumpul untuk meraikan hari ibu rasa bahagia sangat2..

Ni la kek yg aku sponsor.. walaupun kecik tapi tersangatlah bermakna..

Ni gambar candit hehehe... buruknya muka aku hukhukhuk...

Ni la ayah ku yang tercinta. Ayah ku dah tak sihat (lumpuh). Ayahku mula lumpuh ketika usiaku 15thn. Hanya Allah shj yg tahu betapa sedihnya hatiku bila melihat keadaan ayah tidak sepeti dulu lagi.Tetapi kami sekeluarga tetap redha menerima Qada' dan Qadar Allah.Sesungguhnya ini adalah ujian dari Maha Esa buat kami sekeluarga.Aku selalu mendoakan agar ayahku sihat seperti dulu. Sayang ayah sgt2.

Ni kak long aku cium mak aku tgk la tu comot2 dah hehehe..

Ni kak ngah aku..

Ni turn aku laks.. buruk tul aku ms ni.. tp part ni aku sgt2 terharu.Mak..betapa besarnya pengorbananmu terhadapku. hanya ni yang temampu ku lakukan buatmu.syg mak sgt2.kaulah segalanya2 bgku... Sayang Mak.

Time potong kek....


Kak su dan anaknya Fatin Sahira.

Kak long dan anknya Muni..

"Ya Allah Ya Tuhanku..Ampunilah dosa kedua ibubapaku. Berkatilah mereka sebagaimana Kau memberkati org2 yang Engkau kasihi.Kurniakanlah mereka kesihatan yang berpanjangan, keredhaan dan keberkatan. Selamatkanlah kedua ibubapaku di dunia dan di akhirat.Jadikanlah kami anak2 yang soleh dan solehah buat kedua ibubapa kami. Sesungguhnya hanya pada-Mu ku memohon keampunan dan keberkatan" Amin...

~ Dao Buat Mu Ibu Ayah Tercinta~

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan
Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka
deritakan kerana aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
jadikanlah itu semua penyebab musnahna dosa-dosa mereka dan bertambahnya
pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, sebab hanya Engkaulah
yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi
syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka,
sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu,ampunan-Mu serta rahmat-Mu.

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang
tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih..


...Marilah kita kenang dosa kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita
dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya,
tenaganya, airmatanya, keringatnya.

...Istighfarlah, Istighfarlah...
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya.
Atau kata-katanya sering mengguris hati-hati meraka,
atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya.
Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya didahulukan di dunia ini.
Wallahua'alam..

No comments:

Post a Comment

~Lets Talk~